Selepas kebosanan memanjang layan drama korea (Saya sudah cuba sedaya upaya untuk meminati drama korea, memang tak serasi dan saya ta boleh teruskan dan saya sedar banyak masa telah terbuang), saya cuba bangkitkan minat saya yang kian kecundang gara-gara SPM sebagai batu penghalang dengan kembali bermain perkakas serta barangan dapur dan campur adukkan bahan-bahan dan terciptanya sesuatu daripadanya. Puihh! terbelit-belit ayat -,-. Haha, terbiasa dah formal dalam penulisan.
Saya cuba berbagai resepi dan kebanyakannya terdiri daripada sajian petang dan manisan. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Nimatilah gambar daripada kamera yang tidak berkualiti tinggi ini!
Choco Mousse Brownies
Oopsss -,-
Pavlova ;D
(Hasil pavlova pertama saya)
(Hasil pavlova pertama saya)
Mini pavlova :3
My first ever bread!! Haha, saya tak pandai nak ratakan permukaan roti.. So, memang hodoh -,-
Sausage roll :)
What you call this? (BTW, saya guna resepi roti yang sama dengan sausage roll)
Cream puff (entry sebelumnya sudah pun disediakan)
But! Satu lagi yang masih lagi belum selesai. I mean, hajat saya sejak SPM belum bermula lagi.. Saya teringin sangat nak buat apple pie. The perfect one! Serve with vanilla ice cream. Tapi, saya masih mencari dan terus mencari resepi serta masa yang sesuai untuk memulakan misi tersebut. Saya dah cuba beberapa kali tetapi hasilnya tidak sebaik yang disangka. Saya inginkan crust yang tidak rapuh dan inti yang tidak terlalu manis. Inilah homework saya ketika cuti yang sedang berjalan ini. Perlu buat research! :D
Wahhh bestnyaa akak try banyak resepi .. Sedapnyaaa pavlovaaa !! creampuff pun huhu
ReplyDeleteHehe. Takda benda yang nak dibuat. Jadi masa diisi dengan membuat manisan :)
Deletewow.. so much thing that u've done. jelesnya. nak pavlova. nakkkk;p
ReplyDeleteThis much is so much? Haha, tak laa. Dah bape bulan cuti, ni jea yang saya dapat buat.
Delete