Wednesday, March 12, 2014

Saya gagal..

Assalamualaikum,

Hari ni, masuk hari yang ke-4 setelah saya mendaftarkan diri di institut memandu. Kami (Mariam dan saya) ambil KPP test hari ni. So.. Yea. Saya menaip dengan perasaan duka dan anda pun sudah tahu mengapa. Mungkin terlalu awal untuk saya mengambil KPP test ni. Dengan fizikal dan mental tidak bersedia mungkin.

Memalukan? Yea.. Sebab? Saya gagal di ujian penglihatan lagi! Yea, saya tahu. Benda yang tidak dijangka. Saya telah buat latihan di buku. Saya pun tak tahu. Masa sampai di tempat nak ambil ujian tu dikenakan bayarang RM10 untuk ambil gambar. Nama dipanggil dan pegawai di sana berkata "Komputer no 2, pilih orang awam.". Saya pun masuk dengan nervous. Komputer kat sana memang yang lama punya. Keyboard pun keras jea. Saya pun agak kekok sebenarnya nak guna komputer yang dah lama saya tak guna. Hmm, Saya isi no kad pengenalan dan pilih orang awam. Saya pun menjawab soalan. Ada 8 soalan. Dan semuanya sangat mudah. Setelah selesai menjawab 8 soalan, dia memberi dua pilihan iaitu Selesai atau Semak. Saya betul-betul ingatkan ada 50 soalan lagi nanti semak bersama-sama. Jadi saya tekan laa Selesai. Dan dia tulis anda gagal 7/8. Sekali lagi diberi peluang untuk menjawab dan saya tak semak. Sebab saya dah yakin dan baca jawapan betul2 cuma tak semak semula. Jawapan sama yang diberikan 7/8. Saya salah satu jea. Dan satu itu menjadi tanda tanya. Kedua-dua tersebut merupakan soalan yang berbeza. Saya ingatkan komputer tu rosak kea apa.. Jadi saya tanya kakak kaunter tadi rosak kea apa. Lepas tu dia kata "Awak ada jawab warna salah ea tadi?" " Dah habis, tu jea". Saya pun macam pelik jea laa. Nak jawab tak macam.. Hmm, 

Sementara Mariam masih ada di dalam sambung mengambil ujian. Nak nangis kat situ tak boleh pun. Tunggu Mariam lebih kurang 15 minit, saya pun msg mak saya mengatakan saya gagal. Mak saya kata takpa cuba lagi. Tapi sebaknya tuu. Hari ni saya pakai kasut baru yang dibelikan oleh ayah dan mak. Jadi, saya ingatkan saya boleh buat sehabis baik. Mariam lulus dengan 45 markah. Dia baca secara kasar. Lagipun Mariam kerja di siang hari sedangkan saya goyang kaki di rumah. Cuma Allah jea yang tahu betapa malunya saya masa tu.. Ujian warna.. GAGAL!

Kesedihan bukan habis di situ. Dengan gagalnya ujian tersebut maka serta merta nama saya dah di black list-kan daripada mengambil ujian, saya tidak layak melakukan ujian ini semula. Kalau nak bersihkan nama balik kena tunggu proses yang rumit jugalah. Bukan setakat bayaran. Oleh kerana gagal ujian warna tersebut, saya perlu menunggu surat JPJ yang diuruskan kak Siti Hawa, saya perlu mendapatkan surat tersebut dan pergi ke hospital kerajaan dan mendapatkan tanda tangan doktor yang nanti memeriksa saya. Dapat rasakan tak? Saya tahu laa sejak semalam saya rasa demam dan tekak pun rasa macam bengkak jea.. Adakah ia faktor menyumbang kepada kegagalan ini? Tapi, berkemungkinankah saya rabun warna? :( Rabun warna tak boleh amek lesen. Tapi, ye kea?!! Selama ni tak pernah pulak salah warna. Hmm, 

Rasa bahagia bila dapat sokongan daripada ibu bapa. Terima kasih mak, ayah ;)

Alhamdulillah hujan lebat sekarang, dah lama tak hujan panas memanjang. Rahmat turun semasa saya bersedih..

Apakah hikmah disebalik kesedihan ini Ya Allah?

23 comments:

  1. 1st time dengar kes macam nih . sabar ye .

    ReplyDelete
  2. cuba lagi.inshaallah lulus for the next time . :-)

    -RABBI'AH BEVE ur class mate.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam sis,lepas dh hntr pengesahan doktor tu kat jpj berapa lama kene tunggu jpj tu bg repeat blk ujian statik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara tepatnya saya tak ingat. Tapi tak lama laa. Mungkin dalam seminggu atau kurang.

      Delete
    2. Kak, tanya sat, selepas gagal ujian warna nak buat apa

      Delete
  5. salam sis,lepas dh hntr pengesahan doktor tu kat jpj berapa lama kene tunggu jpj tu bg repeat blk ujian statik tu

    ReplyDelete
  6. salam sis,lepas dh hntr pengesahan doktor tu berapa lama kene tunggu jpj tu bg repeat blk ujian statik tu

    ReplyDelete
  7. Salam sis lepas gagal ujian komputer, sis call driving center balik atau pergo jpj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gagal sebab ujian rabun warna.. Kalau gagal sebab tu kena gi check mata dulu.. Then dapat surat pengesahan lepas tu gi jpj kot. Sebab nama kena blacklist since gagal ujian rabun warna. Saya pun tak sure since yang uruskan call/surat ni agent driving center tu

      Delete
  8. Aku pun spesis yg sma . Rabun warna . Semalam pegi interview TUDM . Tersingkir dri pemilihan sbb failed ujian rabun warna . Dia punya kecewa hnya tuhan sja yg tahu . Redha ja la dngan ketentuan ilahi . Ada sbb knpa ia berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua ni ketentuan Allah. Ketentuan yang tersembunyi hikmah disebaliknya. Semoga sentiasa bersabar.

      Delete
  9. Sy tidak buta/rabun warna, tapi gagal ujian warna tersebut, sy terkejut sebab hal ini juga terjadi pada diri saya sendiri, sy sngt sedih, nak menangis pun tdk guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la saya pn gagal sbb msa xtau jwpan auto delete..jd teruskn n dapat gagal.

      Delete
  10. Cerita kita sama. Sy pn dpt komputer no 2. huhu. X tahu mane slhnya yg satu tu. Jpj srh pergi cek mata kt klinik kerajaan. X boleh pergi swasta. Bila pergi klinik kerajaan kena caj rm100. Dhla menunggu lama. Rasa x bbaloi sgt. Mcm dh give up je nk teruskan lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kena caj sampai Rm100..Saya bayar Rm1 untuk pendaftaran.Hospital kerajaan

      Delete
    2. Hospital permaisuri bainun boleh ke untuk check buta wrna?

      Delete
  11. Hspital permaisuri bainun boleh ke check mata untuk buta wrna?

    ReplyDelete
  12. Boleh ke check mata klinik swasta.. Tq

    ReplyDelete
  13. Salam,lps dh jumpa doc jpj semua keputusan lulus,adakah perlu buat semula ujian buta warna tu?ataupun terus jawab soalan50 tu erk?

    ReplyDelete

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...