Saturday, April 26, 2014

IPG? Matrikulasi? UPU?!

Assalamualaikum,

Saya dapat masuk ke Matrikulasi :) Sejak saya dapat tahu bahawa markah koko saya dapat C, saya tak menjangka dan tak berharap dapat masuk ke Matrikulasi. Tetapi, kalau dah rezeki tak kemana. Jadi di sini saya ingin memberi tahu bahawa walaupun anda dapat markah koko C, itu  bukan the end dan putus asa. Kawan saya berbangsa india dia memperoleh keputusan SPM yang lebih baik daripada saya dan markah kokonya B pun tak dapat masuk ke Matrikulasi. Saya rasa Matrikulasi memberi peluang luas kepada bumiputera.

Saya ditempatkan di Matrikulasi Johor, seperti pilihan utama yang saya minta. Dan, saya pun menetap di negeri tersebut. Jadi, saya rasa bersyukur sangat. Masa perjalanan dalam 1 jam lebih. 

Oke... Tapi di sini saya ada kekeliruan. Saya memang nak masuk IPG. Haritu saya dah menjalani UKCG. Sekarang, cuma menunggu keputusan jika saya layak untuk menghadiri temu duga tersebut. Dalam kalendar yang telah disediakan, keputusan kelayakan masuk ke IPG pada 10-22 JUN. Walhal pendaftaran ke Matrikulasi 26 Mei ni. Yuran pendaftaran Matrikulasi juga perlu dilunaskan sebelum pendaftaran. 

Saya menghadapi pelbagai kemungkinan. Jadi, saya menyusun stratergi untuk masuk ke Matrikulasi dahulu, jika saya layak ke IPG saya akan keluar dari Matrikulasi dan masuk ke IPG. Rumit.

Susah nak dijelaskan :( Kalau boleh saya memang nak sangat masuk IPG, Matrikulasi hanya pilihan kedua. Saya pun kalau boleh tak nak masuk U lagi.

3 comments:

  1. Nak tanya dapat tak masuk ipg? Klau dapat mcm mna awak berhenti dr matrikulasi? Kna byar apa2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat interview IPG, tapi tak pegi.. Kalau berhenti matrik masa awal2 lagi in shaa Allah yuran yang awak bayar untuk matrik dapat balik.. Bayar apa2 tu tak kot. If masuk IPG maybe laa kot kena bayar yuran.

      Delete
  2. Saya alami benda yang sama saya nak tanya bolehkah saya nak keluaq matriks sebab saya berharapkan ipg?

    ReplyDelete

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...