Thursday, January 24, 2013

Penyesalan yang tidak berguna

Assalamualaikum,
Hari ni, yang saya tunggu-tunggu sangat laa kan 'Kejohanan Merentas Desa' kali ke-11. Dan saya sangat sedih sebab tak dapat menyumbangkan apa-apa untuk rumah hijau (ofcoz laa, sebab saya bukannya lari, tapy berjalan XD). Serius! Saya rasa tak boleh lari. Saya lari dalam 100m lepas tu jalan. Memang lari tu tercungap-cungap macam nak minta air -..-. Mungkin saya tak buat latihan pernafasan and some other latihan yang lain. Saya memang tak kuat. Firstly, memanglah saya lari ngan mariam, tapy takkan laa saya biarkan dia asek stay dengan perangai saya yang dah tak boleh berlari ni kan? So, mariam pun pergi lari untuk menyumbangkan mata untuk pasukannya, biru. And, perkara tu membuahkan hasil. Mariam dapat tempat yang ke-86. Wee~ jelesnya -..-. Takpa laa memang layak pun mariam dapat. Sementara saya dan Amalina hanya berjalan. Hoho, masa dalam perjalanan saya asek cerita pasal kucing :3 dia ada kucing. So, saya interested nak tahu pasal kucing dia (Saya peminat kucing yang TEGAR!) Haha.

Okey, cerita ntah pape kan saya? Okey, lepas habis jea merentas desa, ada laa anugerah untuk pemenang mengikut ketagori. Oke, tanak banyak cerita pasal tu sebab saya tak dapat apa-apa -..-. Stress. Macam S I A - S I A jea kan? Err, ikhlaskan diri. Think positive, saya turun 1kg, Woo~ Anyway, Hijau di tangga yang ke-6 maksudnya hijau membelakangi pasukan yang lain >.< Haha, takpa laa saya cuba yang terbaik nak sumbang mata macam saya sumbang mata dulu kat rumah ungu. Tunggu kat padang dengan cahaya mataharinya yang dah sebati dengan saya telah menyebabkan kulit dah jadi BELANG. Wee, yang paling ketara kat tangan saya. Nampak sangat perbezaan warna. Bra dengan Spender saya pun dah basah gilaa XD. 

Saya nak kembalikan tona kulit yang sekata. 

Monday, January 21, 2013

Saya bukan seperti yang anda sangka


Assalamualaikum,
Kadangkala saya merasakan kata hati saya mengatakan ada yang tak kena dengan saya. Ada orang yang tak puas hati dengan saya? Err, tu saya tak tau. Tapy, itulah yang saya rasa. Takpa laa, lupakan :) Saya tak sabar nak tunggu merentas desa hari Rabu ni. Actually, ditukarkan pada hari rabu ni sebab Sabtu haritu DIBATALKAN. Saya sedih sebab hari sabtu hari tu saya terlebih excited so masa hujan lebat tu saya pergi juga tapy malangnya dibatalkan. Terpaksa call ibu yang baru jea sampai rumah. Dan ini kali ke-2 saya akan pergi merentas desa. Kali pertama saya pergi masa form 1 dan Rabu ni untuk form 5 -,-. Larian 1 Malaysia tak termasuk.

Apa yang saya rasa bila ada di tingkatan 5:
a) Hari-hari kena buat Homework yang bertimbun-timbun.
b) Rasa tak tinggi-tinggi lagi walaupun umur dah meningkat -,-
c) Rasa kehilangan sahabat di SMKTDS ;|
d) Rasa lebih berkeyakinan dari tahun lepas (biasa laa, tahun lepas jadi pelajar baru :P)
e) Dah kenal mana satu kelas saya. (masa hari pertama kat situ, tersilap kelas 'malunyee~')
f) Guru yang sangat hebat, terima kasih cikgu jasamu sentiasa dikenang.
g) Kawan-kawan yang terhebat, although baru jea kenal :)
h) Stress? tanganinya dengan banyak SENYUM :)

Thursday, January 17, 2013

Aku masih berharap =^=


Saya tersenarai dalam calon SPM yang mendapat markah cemerlang? 
Haha, BOO~ -,-

Wednesday, January 16, 2013

Tolonglah sedar!


Assalamualaikum,
Saya cuma nak cakap yang sama TER-indu seseorang yang saya baru TER-ingat dia hari ni. Ingat lagi suasana Desa Skudai. Persekitaran yang sangat berbeza dengan sekarang, sangat berbeza ;x Saya kekal dalam kelas yang sama. Tak naik kelas -..-" Alhamdulillah

Sunday, January 6, 2013

Sim card dah dpat balik :)

Assalamualaikum,
Merujuk pada tajuk post, simcard saya dah buat semalam pukul 11 pagi. Kat maxis taman u. Mula-mula tu diorang ambil cap jari saya, lepas tu tak dapat detect dengan i/c. Rupanya jari ibu tangan kiri baru boleh. Err, tatau kenapa kan? Takpa laa yang penting saya dah dapat numb. lama saya. Fyi, ini adalah numb. saya yang kedua. Dulu pakai numb. 017-7289590. Tapy, nombor tu dah direject sebab lupa password lepas tu pandai-pandai jea tekan banyak kali -,- Tapy saya memang sayang sangat numb. tu. Nombor tu mirip dengan numb. Amirah. 017-726****. Nombor 8 yang saya merahkan tu mewakili bulan kelahiran saya. Begitu juga dengan nombor 6 kat numb. Amirah. Tapy, sayang kan? Lupakan kisah yang dulu ;)

Wednesday, January 2, 2013

Aku rasa berdosa.


Assalamualaikum,
Pernahkah anda rasa orang mempergunakan 'gambar' anda untuk kepentingan dirinya sendiri? Saya alaminya! Saya rasa sangat-sangat-sangat menyesal sebab masa saya ada facebook, ada orang senyap-senyap copy gambar saya. Bukan 1 tapy lebih daripada tuu :| Saya rasa macamm, yea laa masa saya masukkan gambar saya tak terfikir pun benda ni berlaku. Saya memang salah! Sebab tu saya dah delete account facebook. Lagipun website tuu buat saya tambah dosa jea. Kadang-kadang gambar yang dia ambil tu tak tutup aurat dengan sempurna. Saya rasa menyesal sangat. Kadang-kadang rasa macam nak menangis jea.. Saya memang dah trauma nak letak gambar solo saya lagi. Actually, ada orang yang buat fake account facebook, myspace dan twitter. Tak suka kan orang COPYCAT? Grr!




Adakah saya akan diampunkan? Allah maha mendengar, Jadi teruslah berdoa >.<"


Tuesday, January 1, 2013

Post ini tiada gambar :)

Asslamualaikum,
Apa khabar semua? 
Ahad haritu, saya ada pegi KL sekejap, baru balik pukul 9 pg tadi.
Dalam perjalanan musafir, saya hendak solat Zohor di Masjid Jamek Taman Universiti. Masa tu imam tengah baca al-fatihah, jadi saya bergegas nak mengejarkan imam untuk menjadi makmum muafiq. Saya apalagi campak jea beg kat belakang lepastu terus solat. Lepas habis solat jea, adik saya datang lepastu cakap "Tady kan ada orang ambik beg kita". Tekejut kan? Tapy masa tu rasa macam lepas tu dah takda pape. Adik saya cakap dia lelaki yg umur lebih kurang macam saya. Kami pun masuk kereta nak meneruskan perjalanan. Sampai jea depan sekolah SKTU4, saya check handphone saya tak ada! Wel, saya terus bagitau bapa saya. Mak saya pun baru cerita.. Mula laa ayah saya ulang perkataan yang sama "Cuai!". Nak menangis tu memang laa. Tapy bila fikir balik, memang saya cuai pun dan nak saya nangis depan adik-beradik saya yang lain? Err, no way XD. Tapy, abang dengan mak saya kata "Takpa laa mungkin ada hikmahnya, Dia nak bagi kita yang lebih baik kut, mana kita tahu kan". Saya rasa yang lain tu ok. Tapy, nombor-nombor kawan lama saya? Err, gambar-gambar saya -,-. Saya risau sangat sebab ada gambar saya yang tidak bertudung. Dosa saya berjalan kea? Ya Allah, saya memang dah insaf saya tanak guna handphone lagi!!

Tapy, lepas ayah saya pegi servis kereta, ayah saya dah mula reda. Dia suruh saya pakai handphone lame saya. Saya tak kesah cuma sim card jea.. Abang saya cakap suruh block nombor saya yang lama tu. Lepas tu minta sim card baru tapi nombor yang sama. Err, belum cuba lagi, sebab ayah ngan mak sibuk. Abang pula dah balik tempat diorang. So, saya kena tunggu jea laa. Bukan handphone saya jea yang kena curi malahan dompet adik saya. Tapi dia cakap tak banyak pun. Saya memang tak terfikir laa pulak ada orang nak mencuri kat Rumah Allah kan? Tapi, ayah dan abang saya cakap, Masjid tu pernah kena curi sampai RM1000. Saya memang dah redha, tapi malam-malam saya mesti asek terfikir pasal kes tu. Rasa macam nak jumpa lepas tu...... -,-. 

Ni bukan kali pertama saya CUAI, tapy dah beberapa kali. Saya tidak peduli pasal benda-benda macam ni. Selama ni saya letak handphone dekat beg telekung saya, takda masalah pun. So, this is it! Benda ni tiba-tiba jadi. Saya pernah hilang dompet yang saya letak dalam beg sekolah. Dan dalam tu ada cincin persahabatan saya dan Amira. Lepas tu, pencil box saya hilang dan ada key chain saya dan amirah -,-. Sebab tu saya tak boleh salahkan sangat orang yang mencuri. Haihh, anyway buat masa ni saya guna handphone yang abang saya bagi masa melawat dia kat matrikulasi. Selama ni dia tak pernah sebaik ni dengan saya -,-. Tapy, saya terharu :D walaupun handphone yang dia bagi tu murahh jea. Tapy, saya tetap terharu!

Untuk kawan saya, sori nombor 010-70***** buat masa ni saya belum lagi convert ke sim card baru lagi. Kalau saya dah guna, saya post entry baru k. Doakan saya supaya lebih berhati-hati..

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...