Assalamualaikum,
Kesedihan dikalis dengan senyuman
Betapa kuatnya aura senyuman
Mampu menepis segala perasaan
Tolonglah hati, tidak selamanya kamu disakiti
Hitunglah segala bahagia yang pernah dilalui
Nescaya kesedihan dapat diatasi
Segala cemuhan itu Allah tahu
Termasuklah segala yang pilu
Berserahlah kepada Allah yang satu
Terima kasih hari ini aku masih disini
Menikmati dunia yang mengakhiri
Masih sempat untuk memperbaiki
Apa lagi untuk ditangisi
Tangisilah dosa yang meninggi
Kerana tangisan pengubat hati
Allah lebih mengetahui
Yang buruk mungkin di sini
Kerana di sana keindahan menanti
Saturday, October 12, 2013
Friday, October 11, 2013
SPM, saya datang ♥
Assalamualaikum,
SPM haha, what can I say? Okey, SPM memang kurang sebulan lagi. Alhamdulillah, Add Math dah tak stress dah. Thanks to Pn Law yang selalu buat kelas tambahan. Rasa macam dah bersedia nak ambik Add Math. Hehe, Insha Allah, Allah permudahkan segalanya.
Esok, Puteri Islam menghantar empat wakil pergi ke Kompleks Islam ada ceramah bersama Imam Muda Ashraf :) And yet, I decided to go. Semoga program ini dirahmati dan selamat perjalan pergi dan balik. Ameen.
Terima kasih mak, ayah. Masturah sangat bahagia dengan segala yang telah dicurahkan. Semoga Allah sentiasa menjaga keluarga kita.
Pada zaman dahulu.. T__T Memang tak matang!
Thursday, October 10, 2013
Ribut di luar kita nampak, ribut di hati?
Assalamualaikum,
Hati ini bukan lagi retak seribu,
Sudah hancur menjadi debu.
Mengapa saya dikelilingi harapan dusta,
Sedangkan dia bukan kepunyaan saya.
Ya Allah, engkau sahaja yang setia,
Mendampingi hambamu yang hiba.
Pakai buangkah saya?
Pilihan kedua itu saya,
Walaupun pedih tetapi itulah takdirnya.
Saya di sini dan masih di sini,
Bagi memenuhi hati awak yang sepi.
Hati calar siapa tahu?
Senyum itu pengubat duka,
Berpeganglah wahai hati saya.
Tak selamanya akan begini,
Mungkin ada benda yang menanti.
Allah itu sentiasa ada,
Buat hambanya dengan setia. ♥
Hati ini bukan lagi retak seribu,
Sudah hancur menjadi debu.
Mengapa saya dikelilingi harapan dusta,
Sedangkan dia bukan kepunyaan saya.
Ya Allah, engkau sahaja yang setia,
Mendampingi hambamu yang hiba.
Pakai buangkah saya?
Pilihan kedua itu saya,
Walaupun pedih tetapi itulah takdirnya.
Saya di sini dan masih di sini,
Bagi memenuhi hati awak yang sepi.
Hati calar siapa tahu?
Senyum itu pengubat duka,
Berpeganglah wahai hati saya.
Tak selamanya akan begini,
Mungkin ada benda yang menanti.
Allah itu sentiasa ada,
Buat hambanya dengan setia. ♥
La Tahzan! InnAllahha ma'ana.
Terima kasih Allah, sentiasa disisi. Hati yang diibaratkan dicalar dan ditabur jus limau nipis!
Persoalannya, siapa yang tahu? ALLAH ♥
Wednesday, October 9, 2013
Jasamu membuahkan pahala di liang lahat kelak wahai GURU :)
Assalamualaikum,
Cikgu Tuan Mah, guru yang mengajar matapelajaran Matematik Moden kelas 5SN2 :) Beliau belanja kami sekelas makan KFC. Rockkkk kan cikgu. Hehe, cikgu berjanji untuk belanja kita makan sebab keputusan peperiksaan yang mana satu tak pasti ramai dapat A+. Hehe, saya dan rakan yang terdiri daripada empat orang yang lain sama-sama pergi membelinya di Jusco menaiki kereta Mercedes cikgu. And yet, saya memang sangat tidak percaya cikgu menyanyi lagu BLURRED LINES. Gila gila -,- sangat sporting. And then, you know how old she is? Saya rasa tak silap dalam lingkungan 60 tahun. Superb!
Tetapi, di Jasco tidaklah berjam-jam. Saya rasa dalam 45 minit. Kami sempat beli cool blog. As usual, my favourite blogs flavour, blue coral. Sedap.. and yang penting not too sweet like others. Kan best kalau semua guru treat us like this. Belajar pun semangat aje. Sambil ilmu meningkat, berat badan pun terus meningkat. Like, sambil menyelam minum air, atau pergi sungai sambil mandi.
Hmm, hari persekolahan makin hari makin dekat pengakhirannya. Yes, "BAKAL BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH". Tak suka gelaran itu. Saya nak jadi forever young and yet tak nak menjelang monopos -,-.
Haha, actually saya tengah kekeringan idea buat homework. Tulah, stress and decided to post some short post. Oky, kalau menghadap komputer jea pun, homework tu bukannya bole siap!

Subahanallah ♥ Alhamdulillah ♥ Lailahaillallah
Jom kita tanam pokok di syurga banyak-banyak!
Saturday, October 5, 2013
Please homework! Tolonglah bekerjasama dengan saya.
Assalamualaikum,
Seperti diketahui semua, SPM just around the corner. And yeah, usaha digandakan. Berlambak kertas-kertas kerja. OMG, hanya Allah jea yang tahu betapa saya tak sempat nak siapkan. Kadang-kadang, kalau kerja tak siap rasa macam nak nangis jea. Sebab masa cikgu bincang soalan tu, saya terkial-kial nak salin jawapan. Sekarang ni, memang kertas Add Math bertalu-talu dapat. Nak pecah otak nak jawab. Kertas 1 dan kertas 2 sekali. But saya mengaku memang Add Math saya tak bagus pun. Percubaan haritu pun baru jea dapat 61% atau kata lainnya C+. Serius, saya memang tengah stress. Nak nangis! Please, enough for me. Kalau kita jawab soalan yang kita tak tahu memang tertekan kan?
Saya pun ada masalah laa Encik. Matematik Tambahan. Tak payah suruh saya pula selesaikan masalah awak. Nak cari x laa. Pergilah cari sendiri -,-.
Please :(
I really need something that gives me inspiration untuk terus berdiri
Ya Allah, berilah kekuatan menghadapi ujian dunia ini. Walaupun ini ilmu dunia, tolonglah hambamu mengecapi nikmat memahami untuk menyelesaikan soalan-soalan Matematik Tambahan ini.
Thursday, October 3, 2013
Sam Tsui :D
Assalamualaikum,
Sudah, penyakit Sam Tsui memang sudah meleret keseluruh badan saya -,- Dia sangat awesome! I thought takda yang tahu sangat pasal dia. Tak sangka Malaysian pun suka dia :)
Memang sempurna sungguh ciptaan Allah kan? Hehe, sekarang saya jadi peminat tegar dia! Yay.. Although nama dia baru jea nak melonjak naik. Saya sokong dia :3 Sebenarnya, kali pertama saya lihat video dia, memang sudah jatuh hati. Mula-mula buka video lagu cups by anne kendrick dan tak sangka terkeluar juga video yang dia cover tu. Dari situ saya ingin mengenalinya secara meluas. And yet, sekarang dia dah ada album sulungnya pertama. Hebat kan lelaki berjiwa waja ni. You know what, dia buat saya macam tak keruan sebab asek nak menjerit jea kalau orang sebut nama dia. I love him I love him I love him. Thanks sebab jadi bahan hiburan tak kala hati diseliputi pilu ;)

Diantara lagu dalam video dia, my favourite :)
Wednesday, October 2, 2013
Bukan aku orangnya, aku tahu..
Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ini susah untuk diramalkan tentang perasaan saya ni. Entah kenapa sekarang saya kena demam Sam Tsui :3. I don't know. Pandangan serta suara lunaknya memukau hati sanubari ini. Hoho, poyo gila! Kan? Serius, study mesti ada video dia depan mata. Kat sekolah asek-asek cakap pasal dia. Its all about him. Salahkah kalau untuk menghiburkan hati yang lara? Hehe, sangat keterlaluan ea.. Hmm, tu laa, kalau dah kena wabak lagu ni.. memang susah nak sembuh. Sekurang-kurangnya saya sedaq sikit memang impossible untuk suka kepadanya haha.. Yea saya tahu sangat-sangat mustahil. Bukan apa pun, saya minat sahaja..
Bercakap tentang lelaki, saya memang tidak terlepas daripada memendamkan perasaan terhadap seseorang. Sebenarnya, saya memang tak hingin perasaan ini terus menular dalam diri saya kerana saya ingin mengekalkan prinsip yang selama ini saya pegang. Sekarang bukan waktu untuk saya menggatal atau kata lainnya mencari pasangan. Sangat tidak! Belum sampai waktunya. Sebab tu, lelaki yang sedang bercouple ini saya anggap mereka belum cukup matang menentukan hala tuju dan masa depan. Tak ada alasan bagi mereka untuk memulakan hubungan pada masa ini. Pasangan yang belum matang ini sepatutnya memikirkan ibu bapa mereka yang sudah berhempas pulas menyekolahkan mereka. Pasangan selalunya bersama dikala untuk menikmati keseronokan zaman remaja yang akan ditinggalkan beberapa tahun lagi. Tak logik -,-
Okey, berbalik pada isu yang diketengahkan. Jika saya memendamkan perasaan istimewa pada seseorang saya cuba menepis keras perasaan yang menyakitkan ini dengan setkan pada minda tentang sikap negatif yang ada pada dia. Selalunya, memang itu yang saya akan lakukan walaupun dianggap kejam menilai buruk seseorang itu. Demi menyedapkan hati, saya akan memburuk-burukkan mereka dalam hati saya supaya tiada lagi daya tarikan dia terhadap saya. Itu sahaja alternatif yang saya dapat lakukan pada masa ini.
Kaedah pencegahan lebih baik daripada merawat. Itulah yang saya amalkan. Hasilnya pun memang bertetapan dengan yang saya jangkakan. Tolonglah hati, saya dah cukup merana dengan perasaan ini. Sudah tidak terdaya menanggung seorang diri. Taktik itu sahaja yang saya terdaya. Sam Tsui, Sam Tsui betapa kacaknya awak, tak setanding dengan rupa Nabi Yusuf A.S :) Kalaulah Nabi Yusuf ada depan mata, saya tak tahu apa yang saya rasa.. Sanggup jadi andalusia (anak dara lanjut usia) kalau tak dapat.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Abidullah
Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...
-
Assalamualaikum, Hari ni, masuk hari yang ke-4 setelah saya mendaftarkan diri di institut memandu. Kami (Mariam dan saya) ambil KPP tes...
-
Assalamualaikum, Terlalu banyak pengalaman di Uitm PALAM ni sebagai pelajar asasi. Tak payah berdrama sebab minggu lepas dah. Haha. Orait...
-
Assalamualaikum, Hari ni saya telah pun pergi ke UKCG di IPG Kampus Temenggor Ibrahim. Ujian terbahagi kepada dua iaitu Ujian Bertulis ...
.jpg)

