Sejak akhir-akhir ini susah untuk diramalkan tentang perasaan saya ni. Entah kenapa sekarang saya kena demam Sam Tsui :3. I don't know. Pandangan serta suara lunaknya memukau hati sanubari ini. Hoho, poyo gila! Kan? Serius, study mesti ada video dia depan mata. Kat sekolah asek-asek cakap pasal dia. Its all about him. Salahkah kalau untuk menghiburkan hati yang lara? Hehe, sangat keterlaluan ea.. Hmm, tu laa, kalau dah kena wabak lagu ni.. memang susah nak sembuh. Sekurang-kurangnya saya sedaq sikit memang impossible untuk suka kepadanya haha.. Yea saya tahu sangat-sangat mustahil. Bukan apa pun, saya minat sahaja..
Bercakap tentang lelaki, saya memang tidak terlepas daripada memendamkan perasaan terhadap seseorang. Sebenarnya, saya memang tak hingin perasaan ini terus menular dalam diri saya kerana saya ingin mengekalkan prinsip yang selama ini saya pegang. Sekarang bukan waktu untuk saya menggatal atau kata lainnya mencari pasangan. Sangat tidak! Belum sampai waktunya. Sebab tu, lelaki yang sedang bercouple ini saya anggap mereka belum cukup matang menentukan hala tuju dan masa depan. Tak ada alasan bagi mereka untuk memulakan hubungan pada masa ini. Pasangan yang belum matang ini sepatutnya memikirkan ibu bapa mereka yang sudah berhempas pulas menyekolahkan mereka. Pasangan selalunya bersama dikala untuk menikmati keseronokan zaman remaja yang akan ditinggalkan beberapa tahun lagi. Tak logik -,-
Okey, berbalik pada isu yang diketengahkan. Jika saya memendamkan perasaan istimewa pada seseorang saya cuba menepis keras perasaan yang menyakitkan ini dengan setkan pada minda tentang sikap negatif yang ada pada dia. Selalunya, memang itu yang saya akan lakukan walaupun dianggap kejam menilai buruk seseorang itu. Demi menyedapkan hati, saya akan memburuk-burukkan mereka dalam hati saya supaya tiada lagi daya tarikan dia terhadap saya. Itu sahaja alternatif yang saya dapat lakukan pada masa ini.
Kaedah pencegahan lebih baik daripada merawat. Itulah yang saya amalkan. Hasilnya pun memang bertetapan dengan yang saya jangkakan. Tolonglah hati, saya dah cukup merana dengan perasaan ini. Sudah tidak terdaya menanggung seorang diri. Taktik itu sahaja yang saya terdaya. Sam Tsui, Sam Tsui betapa kacaknya awak, tak setanding dengan rupa Nabi Yusuf A.S :) Kalaulah Nabi Yusuf ada depan mata, saya tak tahu apa yang saya rasa.. Sanggup jadi andalusia (anak dara lanjut usia) kalau tak dapat.
No comments:
Post a Comment