Sunday, September 29, 2013

Dunia bersifat sementara akhiratlah selama-lamanya

Assalamualaikum,

PMR menjelang, tak lupa juga SPM yang lagi beberapa hari lagi bakal menemui calon-calonnya. Gerak gempur pula sangat rancak berjalan sekarang. Saya, masih terkapai-kapai lagi. Belum cukup ilmu yang ada untuk dikukuhkan. Lagi beberapa minggu lagi persediaan yang perlu dibuat. Serius, memang padat sekarang hari saya. Seringkali pulang dari sekolah pada pukul 4.00 petang. Demi menjanjikan masa depan yang berjaya, masa terluang aku relakan. Insha Allah usaha ini dinilai Allah. Selain mengejar keindahan dunia sementara, saya menyimpan azam untuk hari kebangkitan kelak. Saya tahu, mungkin usaha yang sekelumit ini tidak sebesar mana pun. Tapi, siapa manusia menilai kita? Mungkin dengan usaha ini menyelamatkan saya dari bara api durjana. Siapa tahu? Insha Allah. 

Saya harap selepas ini yang keluar daripada mulut saya hanya dengan redha Allah. Amin. Saya mengimpikan hidup yang diberkati bukan yang dikhianati. Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa. Itulah yang saya buat. Taat kepada mereka nescaya kita diberkati. Biarlah dikongkong, tetapi diredhai. Biarlah disekat pilihan, tetapi diredhai. Mungkin banyak hikmah dan rahsia disebalikknya. Saya faham, saya sebagai anak perempuan yang akan mencecah akhir remaja ini perlu dilindungi di dalam sangkar emas dan dipelihara seperti mutiara kerana lebih berharga mutiara sebutir dari pasir sepantai.

Saya bukanlah sempurna yang sering menginginkan kesempurnaan. Tetapi itu yang saya rancang. Tanpa sifat harus Allah yang menjadikan, maka ia tidak akan menjadi. 

Dunia, dunia, dunia.. 
Betapa megahnya kamu
Ramai yang mengejar untuk mendapatkan isimu
Walhal mereka alpa
Siapa yang memenuhkan perutmu

Tolonglah umat manusia
Tinggalkan sebentar dunia yang fanak
Kejarlah nur yang sedang menyinar
Kerana ia tidak akan menyinar selamanya

Kerana akal dibina untuk diguna
Kerana Allah ada dimana-mana

Saya ingat ada satu kata-kata hikmah yang mengatakan orang yang bijak menggunakan lidah untuk bertanya dan menggunakan akal untuk berfikir. Jadi, fikirlah kamu tentang Allah. Saya cuma ingin menyampaikan kerana ada hadis juga yang mengatakan sampaikanlah walaupun satu ayat. Ayuhlah kita ramai-ramai mengimarahkan sunnah Nabi kita sendiri. Pahala yang besar dapat mengamalkan sunnah nabi di zaman kerosakan umat. Membaca doa-doa harian juga adalah sunnah. Kalau kita tak berdaya melakukan yang berat, yang ringan kita cuba jinak-jinakkan kepada diri kita sendiri. Belajarlah berdiri sebelum berlari :)


Syukur, membaca novel sedikit sebanyak membentuk jati diri yang matang. Baru habis baca novel Ya Maulana karya Hana Ilhami. Menyentuh sanubari. Memang best sangat. Berazam nak jadi watak dalam novel tu. Summayah, memang baik. Ada watak Perempuan Lindungan Kaabah yang dimasukkan Encik Fareez dari Teguh Landskape. Banyak ilmu yang saya dapat. Ilmu dunia mahupun akhirat, seiring dikaitkan dalam setiap masa. Itulah novel yang padat dan mempunyai jalan cerita yang menarik tak sia-sia membelinya dengan harga RM35.00. Saya sangat sarankan supaya baca daripada beli novel yang menceritakan tentang keagungan cinta manusia sementara jea baik beli buku ni.


Baru balik MPH, tertarik dengan novel yang bertajuk Jangan Baca Novel Ni. Dapat juga membelinya. Memang pelik dan misteri. Malam ni bercadang nak baca. Pada kulit buku belakang, penulis menyatakan supaya baca novel ni perlu berteman. Bunyi menakutkan kan? Tapi takpa... Saya nak tengok sejauh mana saya punya semangat!

Ya Allah, aku berniat untuk meraih cintaMu, kuatkanlah ikatan cinta ini agar aku sentiasa didakapanMu. Ya Rabb, sesungguhnya hanya engkau selayaknya dicintai. Dari Engkau aku datang, Dan dari Engkau jualah aku kembali.

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...