Wednesday, March 12, 2014

Saya gagal..

Assalamualaikum,

Hari ni, masuk hari yang ke-4 setelah saya mendaftarkan diri di institut memandu. Kami (Mariam dan saya) ambil KPP test hari ni. So.. Yea. Saya menaip dengan perasaan duka dan anda pun sudah tahu mengapa. Mungkin terlalu awal untuk saya mengambil KPP test ni. Dengan fizikal dan mental tidak bersedia mungkin.

Memalukan? Yea.. Sebab? Saya gagal di ujian penglihatan lagi! Yea, saya tahu. Benda yang tidak dijangka. Saya telah buat latihan di buku. Saya pun tak tahu. Masa sampai di tempat nak ambil ujian tu dikenakan bayarang RM10 untuk ambil gambar. Nama dipanggil dan pegawai di sana berkata "Komputer no 2, pilih orang awam.". Saya pun masuk dengan nervous. Komputer kat sana memang yang lama punya. Keyboard pun keras jea. Saya pun agak kekok sebenarnya nak guna komputer yang dah lama saya tak guna. Hmm, Saya isi no kad pengenalan dan pilih orang awam. Saya pun menjawab soalan. Ada 8 soalan. Dan semuanya sangat mudah. Setelah selesai menjawab 8 soalan, dia memberi dua pilihan iaitu Selesai atau Semak. Saya betul-betul ingatkan ada 50 soalan lagi nanti semak bersama-sama. Jadi saya tekan laa Selesai. Dan dia tulis anda gagal 7/8. Sekali lagi diberi peluang untuk menjawab dan saya tak semak. Sebab saya dah yakin dan baca jawapan betul2 cuma tak semak semula. Jawapan sama yang diberikan 7/8. Saya salah satu jea. Dan satu itu menjadi tanda tanya. Kedua-dua tersebut merupakan soalan yang berbeza. Saya ingatkan komputer tu rosak kea apa.. Jadi saya tanya kakak kaunter tadi rosak kea apa. Lepas tu dia kata "Awak ada jawab warna salah ea tadi?" " Dah habis, tu jea". Saya pun macam pelik jea laa. Nak jawab tak macam.. Hmm, 

Sementara Mariam masih ada di dalam sambung mengambil ujian. Nak nangis kat situ tak boleh pun. Tunggu Mariam lebih kurang 15 minit, saya pun msg mak saya mengatakan saya gagal. Mak saya kata takpa cuba lagi. Tapi sebaknya tuu. Hari ni saya pakai kasut baru yang dibelikan oleh ayah dan mak. Jadi, saya ingatkan saya boleh buat sehabis baik. Mariam lulus dengan 45 markah. Dia baca secara kasar. Lagipun Mariam kerja di siang hari sedangkan saya goyang kaki di rumah. Cuma Allah jea yang tahu betapa malunya saya masa tu.. Ujian warna.. GAGAL!

Kesedihan bukan habis di situ. Dengan gagalnya ujian tersebut maka serta merta nama saya dah di black list-kan daripada mengambil ujian, saya tidak layak melakukan ujian ini semula. Kalau nak bersihkan nama balik kena tunggu proses yang rumit jugalah. Bukan setakat bayaran. Oleh kerana gagal ujian warna tersebut, saya perlu menunggu surat JPJ yang diuruskan kak Siti Hawa, saya perlu mendapatkan surat tersebut dan pergi ke hospital kerajaan dan mendapatkan tanda tangan doktor yang nanti memeriksa saya. Dapat rasakan tak? Saya tahu laa sejak semalam saya rasa demam dan tekak pun rasa macam bengkak jea.. Adakah ia faktor menyumbang kepada kegagalan ini? Tapi, berkemungkinankah saya rabun warna? :( Rabun warna tak boleh amek lesen. Tapi, ye kea?!! Selama ni tak pernah pulak salah warna. Hmm, 

Rasa bahagia bila dapat sokongan daripada ibu bapa. Terima kasih mak, ayah ;)

Alhamdulillah hujan lebat sekarang, dah lama tak hujan panas memanjang. Rahmat turun semasa saya bersedih..

Apakah hikmah disebalik kesedihan ini Ya Allah?

Saturday, March 8, 2014

Hari pertama di institut memandu

Assalamualaikum,

Yea, saya pelajar lepasan SPM yang baru sahaja nak mengambil lesen. Dan saya tahu ramai yang sudah dapat lesen pun. Tahniah. Disebabkan Mariam ingin mengambil lesen sekarang, jadi saya mengambil kesempatan untuk mengikutnya juga. Saya daftar di J.I.M.A Sdn Bhd. Saya amek lesen kereta sahaja. Ada 16 orang dalam kelas tu. Memang kita tak berkenalan sebab mereka yang lain umur berbeza-beza. Dan beberapa orang jea yang umur sama, dua orang kot campur Mariam.



Tak nak cerita panjang. Sebab hari pertama memang pagi sampai petang. So ya. Guru2 pun menerangkan secara ringkas dan kita kena baca sendiri yang lain. Saya lebih rela belajar bio satu hari.. Seriously, I mean belajar secara mendengar dan mencatat sahaja. Seriously, belajar macam orang yang dah besar. And yet, asek kena tanya soalan jea. Padahal hari pertama. Saya tak sempat buat apa-apa dan dia tanya soalan yang agak mencabar minda. Tanya kelajuan di hadapan sekolah berapa, tanya Malaysia ada berapa wilayah, tanya Malaysia ada berapa buah negeri, tanya perbezaan peraturan dan undang-undang, tanya siapa yang layak menggugurkan lesen. Tanya blind spot tu apa. Seriously, saya dah fokus semaksimum mungkin dan cuba memahami. Sepanjang cuti, saya memang buka dokumentari tapi tentang orang istimewa. Bukan pengetahuan am ataupun pengetahuan dunia teknologi. Disebabkan segalanya dalam 1 hari, Mana mungkin saya tahu satu buku tu? Saya belum ulang kaji dan tanya soalan yang mencabar.. 

Kursus KPP ni ada 2 sesi. Sesi yang pertama dengan Cikgu Ab. Rahman. Umurnya dalam lingkungan 50 tahun. Dan dia hafal setiap yang mukasurat buku panduan memandu tu. Serius.. Tiba-tiba nanti dia suruh buka mukasurat itu.. no itu.. yang bertajuk itu.. SERIOUSLY, gila banyak dah dia ulang baca buku ni. Saya tahu dia banyak sangat ilmu sampai semua keluar, geografi, matematik, kejuruteraan makenikal, bahasa malaysia semua keluar. Dia kata salah kita cakap melanggar double line. Sepatutnya, memotong double line. Okee. Harder than I thought. Biasalah orang yang sangat prihatin serta bertanggungjawab terhadap pemanduan. Mereka sangat menitik beratkan segala aspek. Saya macam budak darjah satu tiba-tiba masuk kelas darjah 6. Yang saya tahu start kereta jea.

Sesi yang kedua pula, dia tak bagi tahu nama dia siapa dan berumur laa juga. Yea, kedua-dua sesi ni menanyakan soalan secara individu mahupun semua tapi seorang demi seorang. Memang dia tanya secara spontan.. Kadang-kadang dia tanya tu tiba-tiba jadi saya yang fokus ni tiba-tiba tersentap dan lambat jawab.. So yea Sometimes, ada laa dia sindir-sindir kan. Well, suatu tempat yang menempatkan orang-orang yang dah DEWASA jadi mungkin dia ingat kita dah biasa. Dia dah mengajar bape tahun. Saya budak baru belajar. Terima kasih cikgu, saya belajar daripada kesilapan. Hari ni memang banyak info dunia serta yang lain yang saya dapat. IDK, tapi saya kuatkan diri. Sindiran bukan batu penghalang untuk saya lulus ujian memandu. Since hari ni baru dapat buku, so In Shaa Allah saya akan study. Nasib baik yang ajar kita latihan tu nanti akak yang peramah serta baik. Saya tak lah banyak pengalaman kan. Jadi apa salahnya kalau baru nak timba pengalaman. Lepas ni saya akan mengadiri kelas lagi pada hari Rabu akan datang. STUDY!!! Dah lama tak bukak buku. Dah berapa bulan -,-

So that's all. Btw, saya jumpa
Dia..

Dan saya tak jangka dapat jumpa dia. Setelah beberapa tahun..But kami cuma buat tak nampak, mungkin saya jea.. Hmm.

Saturday, March 1, 2014

Sambungan Jangan Baca Novel Ni?!

Assalamualaikum,

Seperti yang sedia maklum, diantara hobi saya ialah membaca novel. Hobi ini sebenarnya kian merundum disebabkan beberapa faktor. Antaranya, harganya yang agak mahal dan sekarang duit mingguan yang saya dapat daripada ayah saya pun tidaklah banyak mana pun. Tambahan pula saya ni tak bekerja sepertimana rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Tanpa membuang masa, saya ingin berkongsi berkaitan dengan novel ni:

Sumber: Google
Novel apakah?! Tanpa tajuk dan kulitnya hitam tanpa sepatah kata mahupun satu huruf?

Sebenarnya, novel tersebut merupakan sambungan daripada novel yang telah saya nyatakan pada tajuk di atas. Agak menarik dan saya pun baru membelinya. Saya mendapat info tentang buku ini daripada FB Fatin Diana, seorang blogger terkenal. Ni belakang buku:

Sumber: Google

Okie fine, buat teman tidur nanti :D Saya tak tahu, saya macam tertarik dengan misteri dan hantu bagai ni. Entah kenapa. Hmm, beberapa minggu yang lalu saya teringin nak tengok balik cerita seram yang saya takut gila dulu! Cerita seram yang bertajuk LEPRECHAUN keluaran tahun 1993. Selalu tergambar hantu tu kat bawah katil.. dan kat mana-mana jea. Lagi-lagi kalau sorang-sorang.. Masa kecil.. Dan yes Chucky.. Hantu tu -,- 





Nevermind, Beberapa minggu lagi keputusan SPM keluar.. Haha.. -,-



Tengok! Ada pelangi dekat rumah Totol :D Macam tulah keajaiban yang saya inginkan untuk result saya..

Totol makan ikan mati jea.. Dia tak ganas, baik jea.





Saturday, February 15, 2014

I got a new pet!

Assalamualaikum,

Haiwan peliharaan seperti kucing dan ikan hiasan sering kali pilihan utama pencinta haiwan kerana sifat dan ciri-ciri yang lain. Enough with that intro and straight to the point. Kami sekeluarga menerima ahli baru! And guess what, kita akan memelihara kura-kura dewasa. Selalunya orang lain punya comel-comel kan. Tetapi, kita besar punya. Namanya Totol. Adik saya berumur 5 tahun memberinya nama tersebut berinspirasikan ninja turtle. Disebabkan adik saya pelat, sebutan turtle menjadi totol. Hehe. 

Macam mana kami dapat? Well, abang saya selalu memancing di TASIK UTM. Tiba-tiba kura-kura tersebut berjalan..? merangkak di sisi abang saya dan abang saya pun ambil dia. Totol merupakan kura-kura jantan dan spesisnya adalah biasa. 

Pada mulanya, memang saya geli-gelaman nak sentuh dia. Tapi, lama-lama dah ok :)

Totol diletakkan di dalam akuarium sekali-sekala untuk berenang :)

Dan ini tempat tidur dia :D Totol tengah tidur. 

Kadang-kadang kami akan biarkan Totol berkeliaran di rumah.

Saya telah membuat no bake cheese cake. Sebenarnya menggunakan sedikit nutella kedalam adunan cream cheese. Tapi, nutellanya tak rasa sangat. Crustnya sepatutnya menggunakan regular vanilla cream Oreo tapi masa itu saya cuma ada grape ice-cream flavour. Sedap :)

 Kali pertama membuat cheese cake :o


Dan saya juga telah membuat kek kukus coklat bersama chocolate ganache sebagai frostingnya.

 Oke, sprinkles tu sebenarnya saya tak nak letak. Disebabkan banyak sangat sprinkles kat rumah dan takut expired so saya pun letak di atasnya.

kek dan topingnya.

Friday, February 7, 2014

Title-less

Assalamualaikum,

Bismillah (Memulakan sesuatu)
Yes, saya disini ;)

Tetiba rasa mengamati lagu Let her go. Rasa terimbau pula kenangan lalu. Rasa macam banyak yang telah saya lepaskan ;) Sadisss. Bolehkah membawa diri seorang diri? Pendamping sementara apa yang kita jangka? Idk, saya rasa macam ketinggalan sesuatu yang sangat bermakna. Penyesalan tanpa henti. Pelik? kan. 


Just keep on going. Tak payah kesah dengan orang yang tak perlukan kita. Tak suka kawan makan kawan. Kadang-kadang kita mengharapkan sesuatu daripada kebaikan yang kita taburkan kepada seseorang. Tapi sayang, niat kita sudah berdebu. Tidak lagi untuk mendapatkan redhaNYA. Buat apa kan? Jadi, Biar semua orang murka tapi jangan sesekali Allah murka kita kan? Dunia ini ujian.

Pernah terfikir, siapa nak tolong bagi pahala kat kita nanti masa kat padang mahsyar? Semua terumbang-ambing dengan dosa sendiri. Akhirnya, kita kena selamatkan diri kita sendiri. Buat apa nak tambah dosa. Insha Allah, saya nak tanam azam. Tapi azam ni dah lama sebenarnya, saya nak mendalami isi kandungan Al-Quran. Selama ini saya cuma baca tanpa menghayati. 

Allah tidak gemar dengan orang yang terkenal. Biarlah orang mengata. Awak memberi pahala awak kepada saya.

Terima kasih Ar-Rahman, memberi kebahagian dalam lautan keperitan ini. Alangkah bertaburan nikmat yang saya rasai.


Indah sebuah persahabatan itu kalau dijaga. Indah ikatan itu jika bersatu. Anyway, last day sebelum SPM. Meja saya depan meja ni. Pakai tudung sekolah. Macam skema pulak kan.

Alhamdulillah (mengakhiri sesuatu)

Thursday, February 6, 2014

Kek coklat, hanya memerlukan 2 bahan sahaja?!

Assalamualaikum,

Terpulang kepada anda mahu percaya ataupun tidak. Dengan hanya menggunakan telur dan coklat masakan anda mampu menyediakan kek coklat. Nikmatilah video yang saya sediakan:


Kek ini memang akan bantat kerana tiada langsung penambahan ramuan yang boleh membangkitkannya menjadikan ia bentuk kek yang sempurna. Don't judge book by its cover kan? Saya ada recreate dan ini hasilnya. Memang tak cantik.. Tapi, kek ni sesuai untuk orang yang tak ada idea nak buat apa dah -,-

Mine ada tekstur seperti brain kat atas dia. Actually saya sapukan home made rosselle syrup dan taburkan gula aising.

Secara jujur, kek ni memang rasa kek coklat. Selamat mencuba!

Thursday, January 2, 2014

Perkembangan saya sebagai pelajar lepasan SPM :D

Assalamualaikum,

Selepas kebosanan memanjang layan drama korea  (Saya sudah cuba sedaya upaya untuk meminati drama korea, memang tak serasi dan saya ta boleh teruskan dan saya sedar banyak masa telah terbuang), saya cuba bangkitkan minat saya yang kian kecundang gara-gara SPM sebagai batu penghalang dengan kembali bermain perkakas serta barangan dapur dan campur adukkan bahan-bahan dan terciptanya sesuatu daripadanya. Puihh! terbelit-belit ayat -,-. Haha, terbiasa dah formal dalam penulisan. 

Saya cuba berbagai resepi dan kebanyakannya terdiri daripada sajian petang dan manisan. Sekurang-kurangnya kita mencuba. Nimatilah gambar daripada kamera yang tidak berkualiti tinggi ini!

Choco Mousse Brownies 

 Oopsss -,-

 Mini pavlova :3

 My first ever bread!! Haha, saya tak pandai nak ratakan permukaan roti.. So, memang hodoh -,-

 Sausage roll :)



 What you call this? (BTW, saya guna resepi roti yang sama dengan sausage roll)
 Cream puff (entry sebelumnya sudah pun disediakan)

But! Satu lagi yang masih lagi belum selesai. I mean, hajat saya sejak SPM belum bermula lagi.. Saya teringin sangat nak buat apple pie. The perfect one! Serve with vanilla ice cream. Tapi, saya masih mencari dan terus mencari resepi serta masa yang sesuai untuk memulakan misi tersebut. Saya dah cuba beberapa kali tetapi hasilnya tidak sebaik yang disangka. Saya inginkan crust yang tidak rapuh dan inti yang tidak terlalu manis. Inilah homework saya ketika cuti yang sedang berjalan ini. Perlu buat research! :D




Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...