Monday, September 16, 2013

Peliharalah akidahku Ya Rabb

Assalamualaikum,

Semakin hari, semakin kita diambang kiamat. Ingatlah wahai manusia! Seindah mana pun dunia, sayangnya ia hanya sementara. Akhiratlah yang selama-lamanya. Sudah alpakah aku ya Allah. Dosaku bergunung malah pahalaku hanya dipangkal jari. Betapa kerdilnya aku disisimu.. Membuak-buak nikmat yang diperolehi, tetapi, dalam sekelip mata nikmat itu ditarik. Mungkin, aku kurang mengingatiMu. Jika Allah memberi nikmat yang lebih, mengapa tidak aku melebihkan kesyukuranku kepada Allah?


Terima kasih wahai penulis novel. Aku berasa sedikit terharu dan insaf. Walaupun novel Perempuan Lindungan Kaabah itu sudah lama diterbitkan dan hobi membaca novel baru sahaja bermula. Novel yang sangat menarik. Sarat dengan informasi dan kehidupan seorang muslimah. Siapa aku nak membuka aurat? Siapa aku untuk meninggalkan solat? Sedangkan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri lebih membuat amal. Aku ingin membuat pendekatan dengan Islam. Walaupun aku terlahir sebagai Islam dan dididik dengan cara Islam. Aku mahu meneroka lebih. Moga Allah mengekalkan niat ini di dalam hati.

Aku sangat berharap, ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa aku. Aku tahu Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Dia takkan biarkan aku keseorangan. Aku sangat yakin.


No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...