Lagi beberapa hari Peperiksaan Percubaan SPM tamat. Hati yang berkobar-kobar kian pudar. Hoho, ye laa tu. Semenjak novel menjadi koleksi, jerawat pun kian diternak dimukaku yang dahulunya susah nak tumbuh jerawat. Tanpa meletakkan baja penyubur jerawat pun, jerawat secara sepontan dengan bangganya timbul. Hampeh! Tak pasal-pasal pinjam krim anti-jerawat kepunyaan adik. Harimau mati meninggalkan belang, Jerawat pecah meninggalkan kesan.. Haiss. Tak tahu kenapa. Kuat berangan? Hari-hari berangan -,- Ingat lagi petua Cikgu Azura, kalau nak dapat markah baik dalam sejarah kena berangan-angan. Kita kena masukkan peristiwa sejarah tersebut dalam diri kita. Sebagai anologi, saya berangan menjadi watak Tunku Abdul Rahman yang berunding untuk mendapatkan kemerdekaan di London, dengan bangganya menandatangani perjanjian tersebut.
Ye ye, Hmm.. Kalau nak buat koleksi, modal mestilah ada kan? Dari mana saya memperolehi modal ya? Boleh dikatakan saya membanting tulang membawa bekal hari-hari untuk mengalas perut. Tak kisah lah bekalan apa yang saya bawa. MESTI bawa setiap hari. Saya amalkan membawa roti berbentuk panda berintikan sapuan coklat Nutella kegemaran ramai dan juga dua biji tomato cheri. Perlu ada keseimbangan dalam pemakanan. Amalkan makanan sihat! Tapi, tak lah hari-hari bawa yang sama. Kalau mak masak, bawa masakan mak. Tak gitu? Duit yang dibekalkan disimpan rapi dalam poket. Kalau beli barangan keperluan sekolah seperti alat tulisan dan buku pelajaran saya akan tuntut hak dibawah tanggungan ibu bapa daripada orang tua saya. Sebagai ibu bapa, mereka WAJIB memberi keperluan pendidikan yang selesa. Jadi, tak ada alasan untuk pakai duit poket sendiri. Hehe, kalau boleh test pad sekolah pun pakai duit ibu bapa. Itu adalah tips menjimat wang dengan bijak tanpa menggunakan taktik yang salah lagi membawa padah. Kalau boleh, duit RM50 mesti tidak boleh diusik dari tabung. Duit tersebut hanya digunakan waktu kecemasan seperti ibu bapa yang belum dapat gaji untuk memberikan duit poket mahupun ibu bapa mahu meminjam pada saat itu. Sebagai anak, kita juga perlu berbakti kepada mereka. Jangan kejam sangat.
Selain itu, saya juga sering mengikut lawatan sambil berbelanja di pusat membeli belah bersama keluarga.
★★Tawaran Istimewa!★★
Wang pendaftaran: Free
Wang pengangkutan: Free
Ditanggung semuanya oleh ketua penganjur a.k.a ketua keluarga dari awal sehingga akhir lawatan ;)
Haa! Masa tulah kita ambil keperluan kita selengkap-lengkapnya! Contohnya, syampu dan snek. Kalau pergi sendiri dah sah-sah laa kita yang kena bayar kan? Peluang ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan :) Saya memang dah 17 TAHUN atau perkataan lainnya Sweet Seventeen. Tapi, Saya tak kisah asyik berkepit dengan mereka. Nak pergi pasar, majlis undangan ataupun rumah terbuka. 80% kebarangkalian saya akan menyertai sama berbanding dengan adik-beradik yang lainnya. Jenuh mereka nak mengikutnya. Dah besar laa katakan. Tak cool... Dan sejujur-jujurnya saya memang puteri lilin :) Tak hangout dengan kawan-kawan lain macam remaja lain selalu buat. Wel, for the first time, memang rasa boring dan stress asyik duduk rumah. Tapi, saya tidak berputus asa memerah otak mencari solusi danperkara yang boleh dilakukan di rumah seperti memasak. And mungkin itu reason yang membuatkan saya ni 'agak' susah nak bersosial. Tak pasti, tapi mungkin.
Hari ini pun, kami pergi ke Angsana mall. Tujuan utama membeli AL-Quran untuk nenek saya yang berada di Singapura. Peribahasa melayu mengatakan sambil menyelam minum air, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hehe, saya ambil sebuah novel. Semasa memilih memang sangatlah rambang mata dan susah untuk menetapkan novel manakah yang perlu saya pilih. Sudahlah berbukit-bukit susunan novel itu. Ketinggian saya ni boleh dikatakan gagal jika menjadi pramugari. Hoho, Rasanya, dah mengalahkan bilangan tawaf dah meneliti novel-novel tersebut. Tambah lagi dengan sudut novel yang tak lekang dek pembaca tegar novel. Berhimpit-himpit sampaikan terlanggar buku yang berhampiran. Merah pipi sekejap. Memang adat ea langgar orang masa memilih novel? Dah dua kali daa -,- Belek punya belek sinopsis, akhirnya memilih novel 'Ya Maulana' yang berukuran lebih kurang kamus dwibahasa yang beharga RM35.00. Yang bayar? Cik Abah laa.. Bukan apa, dah menawarkan untuk bayar sendiri ditolak mentah-mentah nak buat apa kan? Rezeki.. Alhamdulillah :) Eh, tapi kan.. Kalau Sang lelaki yang membaca novel, pelik tak? Perempuan memang sinonim dengan novel, tetapi lelaki antonim dengan novel, kan? Mungkin 1 daripada 50 orang lelaki yang mempunyai hobi membaca novel kan? Hehe, mesti sangat romantik lelaki yang 'layan' novel ni? Hehe..
Begitulah kisah Saya, wang dan novel! Wee~
{Esok periksa Fizik woi! Tak belajak lagi. Wee~}
No comments:
Post a Comment