Monday, September 9, 2013

Perasaan dilanda kenangan ;)

Assalamualaikum,

Disaat perasaan diulit rindu, masa tulah saya akan melawat blog SMKTDS. Mata mula berkaca. Melihat orang tersayang terpampang di skrin komputer milik ayah. Terima kasih, hati sedikit tenang. Bagi saya, sukar melupakan kenangan. Kerana kenangan dicipta bukan untuk dilupakan ;) 

Itulah sekolah saya. Saya tak sanggup nak tinggalkan. Di situ kehidupan awal remaja saya. Bermula dari sekolah SMKTDS dan insha Allah berakhir dengan sekolah SMKTUN. Jarak diantaranya hanya dalam 5 km.

Tak sangka zaman akan bersilih ganti dengan cepat. Belum sempat ditulis satu per satu kenangan yang dirasai. Walau, sepahit hempedu tak selama-lamanya ia menjadi pahit. Masa lalulah yang menjadikan saya begini. Menjadi perempuan yang kenal apa itu perempuan. 

Sejujurnya, hingga kini saya belum sebati dengan sekolah SMKTUN walaupun sudah masuk tahun kedua berada di sini. Hal ini demikian kerana tingkatan 4 dan 5 saya hanya dihabiskan di kabin sekolah. Bukan dalam bangunan sekolah kerana kekangan tempat belajar yang tidak mencukupi :) Jadi, kalau nak pergi mana-mana perlukan seorang pengarah jalan. Setakat ulang-alik tandas boleh laa. Tapi, kalau nak pergi kelas tertentu memang minta ampun sangat. Memegang gelaran Pengerusi Puteri Islam SMKTUN sememangnya tidak layak. Saya tiada pengalaman menjadi seorang pengerusi, di sekolah baru pula?

Bercakap tentang Puteri Islam, hari Sabtu yang lalu berlangsungnya penilaian koko. Untuk jaminan masuk ke matrikulasi, markah kokorikulum minimanya adalah B. Saya memang dapat markah 60.125% atau kata lainnya minima B. Perkara ini berlaku apabila buku koko tingkatan 3 tiada bersama semasa perpindahan.

Jadi, adik-adik di luar sana, tolong.. Jangan merendahkan markah kokorikulum. Kerana, akak tengah merana terkais-kais mana nak dapat markah koko ni. Kalau ada aktiviti tu catit dan terus minta tandatangan.

Alhamdulillah, dikurnikan PK kokorikulum yang sangat prihatin membuatkan senarai panjang aktiviti sepanjang bulan dan kita hanya menyalin dan minta tandatangan. Hari terbuka dan Pelancaran Bulah Bahasa pun dikira sebagai aktiviti. Selesai sudah, Alhamdulillah, Kau memang pengasih lagi maha pemurah. Tahu sahaja hambamu ini memerlukan pertolongan.

Kenangan dibina biarlah utuh, kerana setiap satu muka yang pernah tergambar pada hari-hari di SMKTDS tak pernah cuba saya lupuskan. Baik yang nakal, yang cuba ngurat, yang marah, yang sindir dulunya pahit bertukar manis. Sering menjadi drama imbas kembali di kotak fikiran setiap kali teringat. Tiba-tiba senyum sendiri. Tegur jika alpa kerana memang, dunia itu fanak ;)

No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...