Friday, September 13, 2013

Tabahlah wahai diri

Assalamualaikum,

Sudah ada jawapan daripada setiap soalan yang dikemukan semalam. Ye, hari semalam yang sepertinya kebahagiaan dibelit duri.. Hari bahagia kerana sahabat yang ditinggal bertemu kembali. Walaupun hanya beberapa jam. Meneliti satu per satu wajah mereka memang tak puas. Mungkin diri ini dipilih Allah. Cubaan yang diberikan aku terima seluas-luasnya. Memang aku merasakan bahawa aku bukan seorang hamba yang sempurna. Dijadikan hamba itu memang untuk diuji. Aku sedang diuji. Betul-betul diuji. 


Sudahlah diambang peperiksaan besar. Memang dugaan tahap yang bukan mudah. Aku tahu. Semua yang aku lakukan, aku memang bersalah. Setiap perkara yang aku lakukan aku sesalkan. Bukti air mata yang sering tumpah sudah jelas terpancar betapa sesalnya diri ini. Hari jumaat yang dihiasi kemuliaan tiba-tiba menjadi awan hitam yang rancak. Bertubi-tubi perasaan bersalah melitupi hati. 

Sejujurnya, aku telah menyakiti insan bernama guru. Aku tahu redhaku juga terletak pada redhanya. Aku tahu, aku ini insan yang menagih ilmu darinya. Tapi apakan daya. Insan itulah yang aku sakiti. Betapa berdosanya aku... Aku tak pasti, dalam situasi ini siapa yang bersalah. Aku cuma inginkan hubungan ini sentiasa hangat bukan dingin. 

Pandang pun tidak, hanya kata-kata sinis diberi. Aku menawarkan diri untuk menjelaskan situasi yang sebenarnya berlaku tetapi ditepis mentah-mentah. Jijik sekali aku dimatanya. Sebaik sahaja keluar dari ruangannya, berjuraian air mata menghiasi pipi. Aku memang salah. Salah kerana mengikut jejak yang salah kerana tidak mengikut prinsip yang selama ini aku pegang. Memang benar, malang tidak berbau. Memang betul kehidupan seperti roda. Ya, aku sedang berada di bawah.

Syukur masih ada lagi yang bersamaku. Rakan-rakan memainkan peranan penting. Apabila dililit pilu, mereka tidak berputus-putus membela aku. Aku bersyukur, bukan aku yang sendiri menghadapi ujian ini. Masih lagikah kasih yang tersisa dalam diri guru itu?

Aku dah membawa masalah ini kepada ustazah. Mereka yang bercerita, aku masih teresak-esak dan tidak boleh berkata-kata. Ustazah memberi pandangannya supaya tunggu keadaan menjadi reda. Dia juga seorang ibu, mana mungkin dendamnya terlalu dalam. Sekeras-keras kerak nasi, jika direndamkan lembut juga. Aku cuma berdoa agar hatinya dilembutkan. Masa-masa begini aku memang memerlukan kawan.. kawan yang setia.


No comments:

Post a Comment

Abidullah

Asslamualaikum kepada hambaNya :) Dalam catatan Majmuk Rasail ada potongan ayat yang menarik perhatian ana untuk sentiasa membacanya. Dan ...